Jangan Berani Berjanji Jika Takut untuk Mengotakannya.


Janji...
Janji...dan..
Janji...

Amat sangat besar, dan amat sangat berat maksudnya...
Sesiapa sahaja boleh berjanji...tapi bolehkah janji itu dikotakan?
Sudah menjadi sifatnya kepada janji...perlu dikotakan, perlu ditunaikan, perlu dipenuhi, perlu dilaksanakan..(ada apa2 yang perlu lagi...?hehe)...
Oh tidak..."perlu" bukan perkataan yang sesuai...
WAJIB dikotakan, WAJIB ditunaikan, WAJIB dipenuhi, WAJIB dilaksanakan....
Ada sesiapa mahu berjanji lagi?

Janji...apabila sudah diungkapkan, wajiblah dikotakan... Sama ada berat atau ringan, besar atau kecil, tetap juga wajib ditunaikan... Kalau tahu tidak mampu untuk dikotakan, kenapa berani
berjanji apa awalnya...? Kalau sudah tahu api sifatnya panas, kenapa bermain dengan api...?

Sebagai manusia, apabila janji tidak ditunaikan, boleh dikatakan sebagai penipu... Mahukah kita dalam golongan tersebut? Jika tidak, jangan berani berjanji.... Lebih baik berdiam diri daripada terus berkata-kata utk perkara yang tidak mampu untuk dilaksanakan. Tidak ada siapa yang teraniaya dan tidak ada siapa yang berdusta.

>heart<
noOrul (",)

0 comments:

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine