Seperti hari-hari biasa...
Memulakan perjalanan ke "pejabat"...(mak aii, ayat skema matik..mcm la ada pejabat! hihi)
Hari ini..(Jumaat)....
Perjalanan ku menjadi menarik. Walaupun melalui perjalanan yang hampir sama setiap hari.
Perhatian ku pagi tadi dicuri...
Seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berjalan kaki ke sekolah.
Ku agak baru 7 tahun usianya.
Dalam hujan renyai-renyai dia berjalan kaki.
Sambil mengesat matanya, mungkin tempias hujan menganggu pandangannya (atau dia masih mengantuk di awal pagi)....
Berbaju seragam sekolah, berkasut putih, menyandang beg yang sarat dengan buku teks...
Kasihan....
Mungkin dia digagahi jua semangatnya untuk bersekolah hari Jumaat kerana Sabtu sudah boleh bercuti.
Ditangannya, membimbit plastik hitam yang agak bising bila disentuh.
Ya, aku tahu apa dalamnya.
"Itu bekal makanannya."
Bagus anak kecil ini, dari kecil sudah diajar untuk memahami makna jimat. Mungkin dia dari keluarga susah.
100 meter melintasi anak kecil itu, ada lagi 3 orang kanak-kanak berjalan kaki ke sekolah.
Juga menyandang beg dan membimbit bekal makanan mereka... Comel!