Kawan! =)

Suatu hari...
Aku pernah meluahkan tentang masalahku kepada salah seorang kawanku...
Masalahku : Kawan!
Luahanku disusuli dengan pertanyaan,
"Ko takut kehilangan kawan?"
Aku diam....
Tapi hatiku menjawab....
"Memangla takut, siapa nda sayang kawan, nanti tiada orang kawan sama aku!"
Nasihatnya ringkas sahaja...
"Jangan risau, kawan ada dimana-mana. Sesiapa sahaja boleh dijadikan kawan."
Yup, ada betulnya kata-kata ini. Kata-kata dari seorang kawan yang lebih matang fikirannya.

Semalam,
Aku dihambat rindu. Aku rindu kawan-kawanku.
Kawan-kawan yang sangat bermakna pada penghujung pengajian ku...
Bukan baru semalam,
Tapi sudah lama kerinduan ini....

Apa khabar mereka?
Sihatkah mereka?
Apa mereka sedang lakukan?
Ingat lagikah mereka padaku?
Kami terpisah, bukan kehendak kami...
Kami pulang kepada asal, hanya kenangan indah didalam hati...
Di sudut hati, semoga kita dipertemukan lagi.

Hari ini,
Aku tidak bersama mereka lagi...
Aku bersama mereka yang lain...
Yang baru ku kenal..
Yang baru menjadi kawan.

Benar katanya,
Kawan ada dimana-mana...
Dulu hanya dipandang, kini sudah berkawan...
Dulu tidak dipandang, kini sudah jadi rakan...
Dulu tidak bertentang, kini sudah bersembang.

Esok,
Harapanku,
Aku, mereka dan mereka yang lain masih berkawan...
Walau jauh dipisah lautan,
Walau dekat bersebelahan pagar,
Walau facebook jadi tatapan,
Walau sms tidak dihantar,
Kita tetap berkawan,
Kerana melupakan itu terlalu sukar.

Notahati: "kawan, saya sayang kawan kamu!". Maaf, tidak terluah sebelum ini.

>heart<
nOorul (",)

0 comments:

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine