Ramadhan lagi. Rindu lagi.

Assalamualaikum.
Belum terlambat lagi untuk ucapkan Salam Ramadhan kepada semua, walaupun sudah masuk puasa hari ke-6.
Syukur Alhamdulillah, kita masih dapat menunaikan ibadah puasa tahun ini.

Hampir seminggu senyap, akhirnya dapat juga meng'update' blog kesayangan ni.. Aisey! Hehe..
Kesibukan akhir-akhir ini membataskan diri untuk bersama screen dan keyboard.
Entah la apa yang disibukkan...hehe.
Mungkin dalam proses untuk menyesuaikan diri di minggu pertama Ramadhan, jadi idea pun ikut puasa sekali. Hehehe.

Ramadhan kali ni, merupakan Ramadhan tahun kedua selepas tamat belajar.
Rindu mula bertandang bila Ramadhan hadir.
Ramai dikalangan kawan-kawan yang meng'update status facebook mereka menyatakan rindu pada teman-teman.
Sungguh pantas masa berlalu, tiada siapa menyangka kali ini semua sudah membawa haluan masing-masing.
Kalau dulu, berbuka bersama, bersahur bersama.
Siap ada "duty roster" lagi.
Siapa yang memasak, siapa yang cuci pinggan, siapa yang angkat air! Most memorable kan?!
Dan tugas paling sukar masa bulan puasa ni, bila terpaksa membangunkan mereka yang sangat degil untuk bangun sahur! Mahu atau tidak, mesti bangun juga. Kalau tidak, next sahur tiada siapa yang akan masakkan. hahaha!
Itu belum kira lagi tugas beli tiket.
Tiket bus, tiket feri, tiket flight! Pengangkutan utama untuk mereka bergelar perantau. Kalau tiket habis, "selamat beraya di rantau!"
Nasib baik teman-temanku tidak punya rekod seperti ini.
Sudah namanya balik kampung, bukan setakat semangat mengemas barang, countdown dari hari pertama pun sudah menjadi lazim.

Hehehe =)
Sekarang, hanya tersenyum teringat cerita dulu.
Hanya itu saja yang mampu.

Tidak mengapalah, semua itu kenangan terindah yang akan diingati dan dirindui sampai bila-bila.
Untuk teman-temanku;
Selamat menunaikan ibadah puasa, bersama kita leburkan kekhilafan,
Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan keagungan Laitul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dimakbulkan doa-doa kita dan kembali mendai fitrah. Amin.

Pesan dari hati, untuk seorang temanku yang jauh disana.
Teman-temanmu disini sangat-sangat merinduimu apatah lagi diri ini.

0 comments:

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine