10 tahun dulu...

Tanggal hari ini 14 September, 10 tahun yang lalu...
Secerah-cerah pagi Jumaat itu bertukar menjadi mendung...
dan akhirnya hujan turun membasahi bumi.

Tidak siapa pun menyangka tanggal 14 September itulah kali terakhir kami bersama.
Pada tarikh sepatutnya usianya genap 53 tahun, akhirnya menjadi tarikh untuk dia pergi jauh.
Jauh dari Mama, jauh dari abang, jauh dari kakak, jauh dariku dan jauh dari keluarga ini.
Itulah perjanjiannya dengan Ilahi.
Jangan ditanya soal rindu, mudah sahaja air mata ini mengalir.
Menjadi anak bungsu yang paling rapat dengannya bukan perkara mudah untuk melaluinya tatkala usia masih lagi muda.
Bila menjadi mangsa buli abang-abang dan kakak, namanya juga ku jerit...
Bila merajuk, bila sakit pada siapa ku mengadu, dirinya juga ku cari...

Kini, hanya doa yang dapat ku kirimkan sebagai penyambung kasih yang tidak pernah putus.
Semoga dia tenang di sana bersama para solihin dan syuhada' yang dikasihi Allah.

Kami tidak pernah melupakanmu wahai Bapa... Al-Fatihah...

4 comments:

{ Zurina J. } at: 14 September 2011 pada 9:09 PTG berkata...

Banyakkan senyum ya..:)

{ Nrul Hearty } at: 14 September 2011 pada 10:37 PTG berkata...

Senyum, tidak perlu kata apa²
:)
Semoga ditabahkan hati ini.

{ ~NiZa Maksit~ } at: 18 September 2011 pada 1:19 PTG berkata...

al-fatihah
sntiasa krimkan doa kpd arwah ya bebs :)

{ Nrul Hearty } at: 20 September 2011 pada 8:45 PTG berkata...

Niza Maksit:

InsyaAllah... :)

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine