Sedikit Cerita

Minggu Syawal yang sangat bermakna. Biarpun sudah menghampiri penghujungnya.
Terasa lagi kemeriahannya bila jemputan 'openhouse' masih lagi dikhabarkan.
Makan, makan dan makan terusssssss! :D 
No worry pasal gemuk sebab badan ku tetap menten! (belagakkkknya miahahaha XD)

Kebetulan minggu lepas, cuti hujung minggu agak panjang sedikit (Selamat Hari Malaysia!), keluarga sebelah mama ada gathering. Wah, best bila semua dapat berkumpul.
Rasa seperti raya pertama pun ada. Cuma bezanya tidak berbaju raya (ok, lupakan cerita baju raya T_T). Awal raya tu tidak semua yang balik kampung, jadinya hari Malaysia dijadikan hari kami berkumpul. Best!
Paling best bila dapat jumpa sepupu-sepupu kecil. Hahaha, agaknya memang untung mereka berjumpa diriku yang agak 'peramah' dengan budak-budak. XD.
Ok, fine! bukanlah peramah tapi 'pengacau' yang amat sangat! Emosi budak-budak tu! hikhikhik!
Mangsa ku pada hari tu, my lil cousin, Anas. 4tahun agaknya lah...
Gara-gara dia suka pukul kakaknya yang sopan dan tidak bersalah, makanya datang diriku menjadi pembela!

Ok, fine! Sekali lagi, bukan pembela tapi pengacau! Haha!
Emosi budak tu siap jeling-jeling bila aku cakap "kalau Anas pukul Kakak Ain lagi, kakak ambil rumah baru Anas!" (agak-agakla ada rampasan harta disini...budak-budak tak paham punya! hikhikhik!). Jelingannya penuh tajam, tapi aku tetap senyum-senyum! Confirm lepas ni aku kena aim balik! hehe!

Itu cerita sepupu² kecil.
Kalau cerita sepupu² besar, tidak lah banyak sangat sebabnya kami yang besar² ni bukan ramai sangat pun. Adalah beberapa orang saja. Sebenarnya ramai yang masih sekolah lagi.Budak-budak kecil tu lah buat kami budak-budak besar meriah...hehe!
Paling-paling pun bila yang besar-besar ni jumpa antara soalan-soalan yang sangat popular, "sudah kerja?" dan "bila mau kahwin?".
Jawapan? Hrrmmmm, "tiada soalan lain ka makcik?"-hanya berani menjawab dalam hati! haha!
Pasal tu kot kami jarang mahu berjumpa kan..hikhikhik!

Then,sebelah malamnya gathering sebelah keluarga arwah bapa pula...
Yang ni kalau cerita confirm tak habis, sebabnya kami sepupu-sepupu besar dan kecil termasuk pakcik², babu² semuanya sekepala dalam segala hal.hahaha!
Best kan?! Hehehe!

Sebenarnya aku rasa sangat bertuah dilahirkan, dibesarkan dalam keluarga besar ini. Susah senang diredah bersama, biarpun kadangkala ada tingkah yang menyakitkan hati. Tapi kita semua tahu, itu cuma ujian kan.
Tidak ada perkataan lain selain ungkapan "Syukur Alhamdulillah".
Semoga ikatan keluarga dan persaudaraan ini dipereratkan lagi. InsyaAllah. :)

P/S: Lama tidak bersua, bila sudah bersua macam belangkas...! Pasti kalian juga begitu kan?! ;)

0 comments:

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine