Perangai Kita

Hari ini terasa sungguh penat. Sungguh letih.
Mungkin punca beberapa malam lalu. Tidur agak lewat dari kebiasaan.

Akibat sikap suka menangguh tugasan, akhirnya ia semakin membukit.
Terpaksa menggandakan usaha. Hanya berharap tugasan lebih cepat siap.
Kualiti hasil jatuh nombor dua.
Perangai kita.

70% sudah siap. Masih ada berbaki lagi.
Namun, tubuh perlu berehat. Hanya sebentar.
Tujuan untuk mengecas tenaga kembali.

Petang ini, suhu semakin rendah. Sejuk.
Salji diluar rumah semakin menebal. Sudah ada yang terkumpul di bibir tingkap.
Nampaknya musim cuti panjang akan tiba tidak lama lagi. Tidak sabar rasanya.

Deringan telefon membingit. Mengejutkan.
Dalam mamai memandang jam dinding. Sudah 6.05 petang!
'Sebentar' sudah menjadi 'berjam-jam' lamanya.

Memandang sekeliling.
Ini Malaysia. Bukan Kota London.
Salji tidak ada di sini.

Fail dan buku masih bertaburan.
Perangai kita.

P/S: Perangai kita, suka menangguh dan masih mampu bermimpi indah kan?! Sampai bila....?

0 comments:

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine