Tarikh itu...

Beberapa bulan, beberapa minggu lalu,
Tarikh itu tidak membawa apa-apa makna...
dan malam beberapa hari yang lalu,
Aku teringat kisah yang tidak seberapa dulu...dan aku teringat "tarikh itu".
Sekaligus rasa rindu itu datang tanpa dapat ku halang walau sedikit.
Ya, aku rindu.
"Cardigan and V-neck,
Guitar and acoustic,
KFC and McD icecream,
The Black Pearl and Jack Sparrow..."

Untuk mengenalimu apa kesukaanmu sekejap sahaja, dan untuk mengingatinya juga mudah,
Tapi untuk melupakannya mungkin mengambil masa, dan mungkin juga juga tidak boleh dilenyapkan sama sekali.

Berbalik kepada "tarikh itu"...
Sebenarnya pada tarikh itu, aku punya keinginan.
Kalau dapat bersua denganmu, itulah yang paling menggembirakan diriku.
Tapi aku tahu, itu tidak akan terjadi dalam waktu ini. Jadi aku tidak mahu berangan seperti itu.
Cukuplah aku mendapat cara bagaimana untuk aku mengucapkan ulang tahun di hari jadimu sudah memadai. Hanya satu cara sahaja untuk ucapan itu sampai kepadamu.
Tapi, sehingga kini...seperti tidak ada.

Cuma bila ku amati dari tadi, blog kesayangan ku ini seperti mengerti keinginanku. Walaupun peratus ucapan untuk sampai kepadanya sangat rendah. Baiklah, hargai apa yang ada...


Khas untuk dirinya,

Selamat Ulang Tahun. Semoga sentiasa dirahmatiNya.

Kalau dulu aku sangat tidak peduli tentang dirimu, aku minta maaf.
Kalau dulu aku buat kau cemburu, aku minta maaf.
Kalau dulu aku buat kau sakit hati, aku minta maaf.
Kalau dulu aku buat kau marah, aku minta maaf.
Ku akui semua salahku. Mudah-mudahan tidak ada dendam antara kita.

Kita bertemu kerana Allah, kita berpisah jua kerana Allah...

P/S:
1) Aku masih ingat permintaan mu dulu, aku akan tunaikan kalau ada izinNya.
2) Lagu mu masih dalam simpananku.
3) Aku rindu bila setiap kali perbualan kita hampir tamat kau selalu cakap... "ada kata-kata terakhir?" Argggghhhh...berat rinduku!

2 comments:

{ Zurina J. } at: 1 November 2011 pada 9:24 PTG berkata...

Alahai...
Tarikh itu... Semoga pada tarikh itu, ada suatu keajaiban berlaku. Mungkin bukan pada tahun ini, aku doakan pada tahun-tahun berikutnya. Aameeen. :)

{ Nrul Hearty } at: 2 November 2011 pada 10:06 PG berkata...

Terima kasih atas kebaikan mu dang :)

 

Copyright © 2010 Keep shining, keep smile!, All Rights Reserved. Design by DZignine